Thursday, June 10, 2010

Kek Gula Hangus aka Kek Sarang Lebah




Resepi diambil dari NITA di sudipkayu

Bahan2:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.

Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

No comments:

Post a Comment