Friday, December 7, 2012

Kek Coklat Lembap:

Bahan A

1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan susu cair
200gm mentega
250gm dark chocolate

- Panaskan semua bahan ini secara doubler-boiler sehingga semuanya sebati. Bila mentega dan dark choc dah cair, dan bancuhan kelihatan berkilat, tutup api dan ketepikan seketika.

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
- Ayak semua bahan ini

Bahan C 

4 biji telur - Gred B. Kalau guna telur gred A, 3 biji dah cukup
- Dikisar dengan pengisar. Tapi, saya malas nak buka blender, saya pukul je dengan garfu. Pukul dengan kuat sehingga berbuih. Letih gak la tangan.....

Caranya:

- Panaskan air kukusan.
- Masukkan bahan A dalam bekas yang lebih besar.
- Masuk bahan B diselangselikan dengan bahan C - dahulukan dengan B dan diakhiri dengan B juga. ( B-C-B-C-B)
- Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Griskan loyang 8" dengan marjerin dan taburkan sedikit tepung.
- Masukkan bancuhan kek ke dalam loyang. Tutup dengan aluminium foil. Jangan dikemaskan pada bahagian mulut loyang, sekadar letak begitu sahaja sehingga menutupi loyang.
- Biarkan kek dikukus selama 1 jam atau kek dimasak dengan sempurna.
- Bila kek sudah masak, biarkan seketika dalam 15 minit, kemudian terbalikkan untuk disejukkan....
- Apabila kek sudah sejuk, belah kek kepada 3 atau 4 bahagian. Saya belah 3 bahagian sahaja.


Chocolate Ganache (Versi saya):
 
500gm dark chocolate - saya guna dark chocolate Beryl`s
200ml susu segar
50gm mentega
- semua bahan dipanaskan secara double-boiler sehingga chocolate dan mentega cair.
- Bila chocolate dah sejuk, masukkan dalam piping bag. Saya masukkan dalam plastik je. Simpan dalam peti sejuk supaya ia mengeras sedikit.
Frosting Cream Cheese:
 
250gm cream cheese Philapedia (lain kali kena lebihkan sikit)
30gm mentega
100gm gula kastor
1 sdb susu segar
1 sdt esen vanilla
1 sdt jus limau
- Pukul cream cheese dan mentega sehingga creamy, masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati. Masukkan bahan lain, dan sebatikan.
- Saya masukkan dalam plastik dan simpan seketika dalam peti sejuk.
Cara membuat black and white russian cake adalah seperti berikut:
 
1. Belah kek kepada 3 atau 4 bahagian, bergantung pada banyak mana cream dan chocolat yang anda ada. Saya sendiri hanya belah 3 bahagian kerana stok cream yang kurang. Letakkan kek atas pinggan leper atau papan kek. Kalau tak de papan kek pun tak mengapa, boleh gantikan tudung periuk yang sama saiz dengan kek atau lebih besar sedikit.
2. Buat bulatan sebesar syiling 50sen ditengah2 kek yang telah dibelah, dan diselang-selikan dengan chocolate ganache. Buat sehingga habis untuk 2 keping kek sahaja. Kalau belah 4, buat lingkaran itu pada 3 keping kek. Simpan kek dalam peti sejuk seketika, dalam 10minit la gitu.
3. Setelah keluarkan lapisan2 kek dari peti sejuk, tindihkan satu keping kek di atas lapisan kek yang bawah. Begitulah seterusnya.... salutkan kek dengan frosting cream cheese secara menyeluruh. Tebal sikit pun ok. Macam yang saya beritahu tadi, stok cream cheese saya terhad, jadi saya hanya sapu nipis.
4. Tuangkan lebihan chocolate ganache dan goyang2 kek perlahan2 supaya chocolate jatuh dengan sendiri.
5. Hiaslah kek anda ikut kreativiti anda sendiri.

No comments:

Post a Comment