Showing posts with label Kuih Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kuih Melayu. Show all posts

Sunday, June 6, 2010

Kuih Lapis


Resepi diambil dari blog periuktanah

Bahan-bahan: menghasilkan satu loyang bulat berdiameter 7 inci)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan sederhana pekat (daripada sebiji kelapa) - K.An guna pati santan yang dibeli dipasar RM 1 sebungkus tu. campur air menjadi 5 cawan... sedang elok lemaknya
sedikit pewarna merah dan esen ros/ pisang( setitik, dua je)
1/4 sudu teh garam

Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.

2. Dalam satu mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras, gula pasir dan santan. Gaul sebati menggunakan whisk. Tapiskan ke dalam bekas lain agar adunan sebati.

3. Bahagikan kepada 2 bekas. Untuk selamat kira secawan demi secawan. Kalau nak buat 7 lapis, bahagikan mengikut nisbah 3:4. Bahagian yang 4 cawan diwarnakan merah dan biarkan satu bahagian lagi putih.

4. Letakkan garam di dalam adunan putih dan esen ros di dalam adunan merah.

5. Letakkan loyang di dalam pengukus. Tuangkan satu cawan adunan berwarna merah dan kukus selama 7-10 minit. Ulang proses hingga lapisan terakhir berwarna merah. K.An tambah sedikit lagi pewarna merah untuk lapisan akhir agar warnanya menyerlah.

6.Setelah siap, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan. Kalau nak cepat, rendamkan loyang dalam dulang berisi air ais dan bila loyang sejuk , barulah dimasukkan ke dalam peti ais.

Potong dan hidangkan.

Seri Muka


Serimuka Pandan
Sumber: Kelas talam chef asma
Resepi diambil daripada :resepidaria

LAPISAN BAWAH:

Bahan-bahannya

500gm beras pulut
300ml santan pekat (saya kurangkan kepada 250ml)
300ml air (saya kurangkan kepada 250ml)
2 tsp garam halus (sy kurangkan kepada 1 tsp)

Cara-caranya:-

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam
2. Basuh bersih dan toskan
3. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam (kukus dengan loyang berlainan)
4. Apabila pulut masak, gaul sehingga sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tekan bagi padat.

LAPISAN ATAS

Bahan-bahan

(A)
300gm gula castor @ 250gm gula pasir (sy kurangkan kpd 250gm gula castor)
80gm tepung kastard(sy tambah 10gm lagi)
400ml santan pekat (santan kotak)
400ml air
20gm daun pandan-blander dengan air diatas

(B)
5 biji telur-dipukul rata(sy guna 3 biji sahaja)
1/2 tsp garam halus
pewarna hijau secukupnya

Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan-bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan-bahan B, kacau sehingga sebati
2. Ambil 2 sudu bancuhan dan sapukan keatas lapisan pulut
3. Tapis kedalam periuk dan masak
4. Kacau sehingga naik wap
5. Tuangkan keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit

Guna loyang 10" x 10" x 2"

Tuesday, June 1, 2010

Chinese Cruellers ( Cakoi )




Ingredients :400 g flour
1 cup water
1 tablespoon margarine ~ melted
1 teaspoon salt
3 tablespoons sugar
1 tablespoon condensed milk
1 egg yolk
2 teaspoon dry instant yeast
1/2 teaspoon bicarbonate of soda
oil for frying

Method :

1. Mix water, margarine, salt, sugar, condensed milk, egg yolk, yeast and bicarbonate of soda in a bowl. Stir well.
2. Add in flour, bit by bit till dough can be kneaded.
3. Knead till smooth and not sticky. Dough must be soft. Leave for half an hour, covered with damp cloth. But I prefer to wrap the container with the dough in a clean plastic bag.
4. Roll thin (+- 1/2 cm), if possible into a rectangle shape.
5. Cut to about 1 inch strips.
6. Dip a skewer into water and press a line on the strips.
7. Place one strip on top of the other, the lines to meet.
8. Heat oil. Stretch the strips slightly before putting in the oil
9. Fry till golden brown.

Thanks to : http://mamafami.fotopages.com/?entry=1047864 for sharing this great recipe and picture

Thursday, May 27, 2010

Karipap Rangup

Bahan-bahan (45-50 biji):

500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air

inti karipap secukupnya

cara:

* masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. ketepikan

* kemudian masukkan ais dan garam ke dalam air

* kacaukan rata dan ketepikan

* pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti

* ketepikan

* sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih

* angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi

* gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti

* setelah itu tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh)

* kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel

* setelah itu bahagikan doh tadi kepada dua bahagian

* ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2)

* kemudian gulungkan bahagian paling panjang seperti swiss roll

* potong doh tadi sebanyak 20-25 biji dan ulangi lagi proses ini sehingga habis

* ambil satu biji doh kecil tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat

* isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap

* lakukan sehingga habis

* selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan

* hidangkan sebagai minuman pagi atau petang

* karipap atau doh bolehlah disimpan di dalam freezer

* apabila hendak menggoreng bolehlah keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digoreng

* karipap sentiasa garing

Tuesday, May 18, 2010

Apam Kentang


BAHAN - BAHANNYA :-)

200 g gula pasir
200 ml air kelapa
1 helai daun pandan, disimpul
200 g tepung beras
150 g kentang yang telah dikupas kulitnya
100 g tepung gandum*
1 camca teh instant yeast*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh pandan paste*
250 ml santan dari 1/2 biji kelapa
Kelapa parut putih*
Secubit garam*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan kukus sebentar)

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Kentang dipotong kecil dan kukus hingga lembut, lecek hingga lumat, ketepikan. Satukan gula pasir, air kelapa dan daun pandan, masak hingga gula larut, tapis dan sukat 300 ml, biar suam.

2. Dalam satu bekas, satukan kentang lecek dan tepung beras, gaul rata. Tuang air gula suam dan kacau hingga sebati. Biarkan bancuhan sejuk. Masukkan semua bahan2 yang bertanda (*) dan kacau hingga rata.

3. Tuang santan sedikit demi sedikit dan terus mengacau hingga sebati. Rehatkan adunan 40 - 50 minit.

4. Panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada acuan apam, dan panaskan 2 minit dalam kukusan. Tuang 3/4 penuh pada setiap acuan dan kukus dengan api besar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan dan hidangkan bersama kelapa, jika suka...

Monday, May 17, 2010

Kuih Puteri Ayu


Bahan :

4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kaster
3 biji telur
1 1/2 cawan santan
1 sudu makan ovelette
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh pewarna hijau

Inti Kelapa:

1 biji kelapa parut - putih
2 sdt garam
1 sudu makan tepung ubi

Cara:

1. Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan
2. Satukan telur, gula, ovalette, santan, pewarna hijau dan bahan yang diayak.
3. Inti kelapa : satukan semua bahan, gaul sehingga rata.
4. Sapu acuan dengan minyak, ambil sedikit inti kelapa, tekan dalam acuan.
5. Tuangkan adunan dan kukus selama 5 minit.